Wednesday, December 16, 2009

Rokok oh rokok

Ternyata Rokok Tidak Berbahaya

Banyak orang khuatir bahaya rokok dan menakutinya, tapi setelah diselidiki
oleh beberapa pakar dalambidangnya ternyata rokok itu sama sekali tidak
berbahaya. Kemudian para pakar sepakat untuk membuktikannya dengan
mengambil dari beberapa hikayat pada zaman dahulu kala di mana kala itu
nenek moyang kitapun telah membuktikannya melalui beberapa percobaan.

Buktinya seperti cerita di bawah ini, dia tetap sehat walafiat. Untuk lebih
jelasnya dapat dibuktikan lewat penemuan oleh beberapa dari ahli di bawah
ini:

Pada zaman dahulu kala, ada tiga orang dokter. Mereka selalu bersama kemana
saja mereka pergi. Tapi ketiga-tiganya memiliki kegemaran berlainan.

A. dr Jon Sumawan (suka main perempuwan)
B. dr Jon Walker (suka minum minuman keras)
C. dr Jon Kretek (suka segala jenis rokok) ..

Suatu hari ketiga sahabat ini berjalan jalan tanpa tujuan. Tiba-tiba
ketiganya bertemu dengan sebuah ketel/kendi (seperti cerita Aladin). Lalu
salah seorang mengambilnya lalu meng-gosok2kan ketel tersebut. Sejurus
kemudian asap keluar dari corong ketel tersebut dan secara perlahan berganti
menjadi satu makluk yang menyeramkan yakni sesosok jin yang ganas.

Lalu jin tersebut tertawa: 'Ha ha ha...' dan berkata 'Akulah Jin Ifrit!
Karena kamu telah membebaskan aku dari ketel itu maka aku akan tunaikan apa
saja permintaan kamu sekalian. Ketiga sahabat yang pada mulanya panik dan
takut menjadi gembira lalu termenung dan berpikir tentang peluang dan
kemauan masing-masing yang mungkin hanya sekali mereka jumpai dalam hidup
mereka. Lalu mereka memilih kemauan mengikuti
kegemaran masing-masing.

Berkatalah si A,'Aku mau perempuan-perempuan muda dari berbagai bangsa di
seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku
selama 10 tahun.

Pufff ........!! dengan sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si A.

Berkata si B, 'Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekal
selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan
ganggu aku selama 10 tahun.'

Pufff .......... !! dalam sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si B.

Berkata pula si C,'Aku mau semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekal
selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan
ganggu aku selama 10 tahun.'

Pufff ........... !! dengan sekejap mata jin itu menyempurnakan permintaan
si C.

Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu
gua masing-masing sebagaimana yang dijanjikan.

Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, ketika dibuka maka keluarlah
si A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tidak bisa karena tidak
sanggup untuk menggerakkan lutut sebab hari-hari hanya memuaskan nafsu
dengan perempuan.

Tiba-tiba si A pun jatuh ke tanah lalu mati!!

Setelah itu jin tersebut pergi ke gua si B, ketika pintu dibuka maka
keluarlah si B dengan perut yang sangat buncit karena hari-hari
mabuk-mabukan. Jalan pun terhuyung-huyung.

Tiba-tiba si B pun jatuh ke tanah lalu mati !!

Setelah itu jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba2 si C keluar
dalam keadaan sehat walafiat dan terus MENAMPAR si jin Sambil memaki si jin.

Dia berkata: JIN GUOBLOOOKK ...!!!! MANCISNYA MANA ...???!!!

Safety Lesson-nya : 'Rokok Tidak akan berbahaya, sepanjang tidak ada mancisnya'

Tuesday, December 8, 2009

sendiri mau ingat

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil...... sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu.....

Si isteri bersuara,

"Dulu-dulu tu.... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri.

Lepas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.

Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab,

"Nak gi amik gigi la ni!!!"



Korang sok dah pencen kena ingat2 yer……………….

Tuesday, November 3, 2009

Jamuan Akhir KDP OUM aku

haaaa....pejam celik dah abis aku blajar pra smp aku...nie ada gambar sekitar jamuan kita org kat Pen Mutiara Batu Maung....Result jgn tanya la...kira boleh sambung 2 tau2 la dah pass.....









p/s Baju batik pilihan abg wu ngn nujie...Terengganu mari...lawa kan..?(sebab aku pakai kot...)

Wednesday, October 14, 2009

uwais qarny menjelang raya

Nie ada skit gambar uwais posing baju2 rayanya...ada la skit...ikut omak eh mau sekampit..betul ker penjodoh bilangan tu..ok la seplastik bosar nak beli...nasib baik bulan poso..kawal nafsu...









Monday, September 7, 2009

Assigment

5hb sept 2009 date line assigement...7 assigement mati la...dah semua individu..berkat tak tidur hampir seminggu last due date( sapa suruh buat last minit )dan beberapa kali terlepas tarawih...dah siap dan dah summit pon


Korang tgk kulit la...bunga2..tgk muka ganas...wah..kah...kah..takpo la..itu jer yg ada..rockers pun perlu kedamaian..lg pun strategi tu pensyarah tgk sejuk jer...dalam isi tak tau la..

Assigment dah settle tinggal oral jer...past raye final exam..pastu bermulalah secara rasmi aku sbg pelajar OUM.Doakan kejayaan aku....

Pregnent

Nie nak cite skit...kalu nak tau wife kite ngandung alat yang biasa digunakan ialah pregnent test la...mudah jer..tgk line kalau 2 line tu pregnent la...baru2 nie aku ada buat test nie...
Resultnya...

Alhamdulillah....sibuk2 OUM dapat rezeki...Yahooo...

Thursday, August 13, 2009

Gengoum

Gambar-gambar geng OUM aku...kira klik la..5 org..mls nak cukupkan 6 takut org ckp 6 jahanan lak...
Tp geng kami ok...2 ustaz menganggotai..
Nie gambar kire orang kt masjid,port study sblm exam paper seterusnya..



Dari kiri Ustaz Zulkarnian...pemilik kete old school nie..BMW ma...enjin dah sumbat skyline...agak2 berapa dia tekan ek..dari sg Petani hari2
Abang Long atau Zamri...pakar it...kod matrix pun dia boleh pecah...
Seterusnya aku......
Helmi...bekas pK aku dulu...kira reunion la....
Kelima????????
Ustaz Zulkifli dia ambik gambar nie...nk kenal dia dia dah buatkan link kat blog aku...Ustaz Hutton taraf JU Emis nie

Thursday, August 6, 2009

Raya datang Lagi

hah nak puasa dah..yahoo tarawih...(dan leh kurus skit)
apa benda yang diperlukan sewaktu raya
a)duit raya
b)baju raya anak dan bini
C)servis keta nak balik kg...maklumla jauh...ape lg ek...tu jer la kalu lelaki...
apa yang tak terpikir dalam kotak pemikiran aku yg dah siap di beli dan di pikir oleh wife aku....jeng..jeng...(24x)sebab tergezut



nie baru langsir tak tgk yg lain lg....(suprise)nanti aku post..alah senag2 dtg umah la beraya..(harap uwais tk gunting sblm raya nie)

Uwais Qarny

lama tak post gambar anak kesayangan kami nie..dh petah ckp sampai poning kepalo..kalau tanyer dia dh besar nk jd ape?mesti dia jwb engineer..pastu nak bwk motor laju vrooom...engine gak 2..takpe jgn jd mat rempit dah la..biar disaluran yg betul..race kat trek.
kalau ptg jer ajak aku rempit...aku plak layan jer..turun baka dr aku kot...
kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik..ke lantai la..hu..hu

gambar kat kedai pomen aku AH SENG(promo skit)dia ubahsuai motor untuk cup prix. haram pun boleh kot..



status

nak tak nak title aku dh tukar...nie kira blog aku sepenuhnya yg mempamerkan kisah aku,family dan sekolah..kira 3dlm1 sbb mls nak manage byk2.member wife aku pun takut nak anta, takut blog sek...nie bkn blog official sek tau.

Friday, July 31, 2009

karangan budak

Korang semua mesti tak caya @ salah sorang dikalangan budak nie yg imaginasinya terlampau..karangan terbaik nie..

Karangan Terbaik UPSR 2007
Karangan budak darjah 4
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia...lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
amacam?
kalau anda la cikgu BM dia apa markah nak bagi nie..???

coment skit...

Tuesday, July 21, 2009

kisah aku

Hai dh lama tak godam blog aku.mau kena block dengan blogger kerana tak aktif...ok la nak cite bab sek dah aku terputus hubungan jap jadi aku citer la bab aku skit.
aku dah masuk minggu ke4 dah kat maktab...aku tak drive rempit jer...tau la peneng naik pening dengan jem cuma perlu bawak roti jer kalau jln2...jentera aku biasa la ex5...kenangan wooo..motor tu la aku guna dari zaman praktikum sampai kawin dan dpt anak...dulu aku dgn eja selambe je balik kg perlis dr peneng naik motor,dulu susah tp sekarag Alhamdulillah...(mcm iklan bio aura la pulak...cik nujie dh ada bio aura..)
Memandangkan dah dimamah usia bkn kerana tak sayang baru2 nie aku dah letgo bike nie..aku tangkap LC..Hasil jualan motor aku ,duit simpanan dan duit isteri aku skit..sponser katanya nak bagi aku semangat blajar balik..bermula la episod rempit kembali dalam hidupku..tp sekarang dah ada anak bini takdala lep cecah lutut hanya sekadar buat g kerja..Thanks eja..luv u so much.





nie kalu korang nak tgk motor macam aku yang dah di modified...nie mau makan riban lgnie..takpa sumber inspirasi..dah lupa pulak nawaitu..nak guna belajar jer...masyaAllah



Tuesday, June 30, 2009

Selamat Datang

Pada 22.6.2009 sekolah telah menerima 4 orang guru praktikum dari institut perguruan Pulau Pinang..Semua girl dan berstatus cik.
Mereka nie ok jer aku tgk, ramah tamah jugak la,sebab baru kot malu2 lagi..
2orang opsyen matematik dibawah guru pembimbingnya cikgu Saiful dan 2 org lagi opsyen muzik dibawah bimbingan Erizal..
Nama ada diorang tulis dlm buku tp nama penuh aku tak ingat la..(kata cikgu data)..
Kehadiran yang amat dinantikan kerana sek sekarang kekurangan guru dan boleh bertukar tukar strategi mengajar..maklumla cikgu baru otak fresh lagi,ABM tak lepas ditangan..
Ini dia gambar mereka..

/>

Wednesday, June 24, 2009

nak buat blog sendiri??

Buat Blog Percuma Dengan Blogspot
Anda telah mengetahui tentang apa itu emailkan..takda pun orang email.... Kali ini, kita belajar cara-cara membuat blog menggunakan Blogger (juga dikenali sebagai Blogspot).Artikal nie kalau nak ikut tak la lengkap kerana aku malas nak upload gambar..kira tulis jer la..lg pun bukan susah pun..
Untuk menggunakan Blogspot, anda haruslah mempunyai satu akaun Google terlebih dahulu ala email g mail yang baru buat tu la..). Kalau dah ada akaun Google, boleh terus sign in pada laman web https://www.blogger.com/start
Jika tidak, anda perlu terlebih dahulu, mendaftar di Blogspot. Pergi ke laman web Blogspot dan klik pada butang “Create Your Blog Now“. Kemudian, ikuti 3 langkah mudah berikut:
1. Buat satu akaun Google. Isikan borang yang diberi dengan maklumat-maklumat yang berkenaan. Setelah siap, tekan butang “Continue”.

2. Namakan blog anda. Berikan nama bagi blog anda. Jangan risau kerana nama ini boleh diubah di kemudian hari jika anda mahu. Apa yang penting adalah tentukan alamat URL bagi blog tersebut. Alamat inilah yang akan ditaip pada Internet Explorer untuk pergi ke blog anda. Alamat URL ini akan kekal, dan tak boleh diubah lagi selepas ini.


3. Pilih template. Pilih mana-mana template, iaitu rupa bagi blog anda. Template ini juga boleh diubah pada bila-bila masa.

Setelah ketiga-tiga langkah tersebut berjaya, mesej akan dipaparkan, menandakan blog anda telah berjaya dibina:

tips..bagi yang kurang faham dalam english ubah jer.pilih language Bahasa Melayu..lagi mudah..tgk video yang disediakan lg sempoi..tak payah baca post aku..he...cuba.nanti link la blog tu.

Tuesday, June 23, 2009

jom buat email

Cara membuat email di Yahoo dan Google
Masih ada lagi cikgu-cikgu yang masih tak tahu bagaimana cara membuat email,maklumlah kebanyakkan semua yang dah bergelar orang lama. Nak buka internet pun jarang sekali. Nak buat apa la nak email..persoalan yang dibalas bila ditanya email mereka..Zaman sekarang bukan sahaja email amat berfungsi untuk menghantar maklumat kepada guru malah untuk mendapat berita yang terkini dan cepat.Bagi mereka yang belum ada email dan tertanya-tanya macam mana nak buat..cuba baca tutorial nie..

Cara buat email di Yahoo:

1. Masuk ke www.yahoo.com

2. Klik tulisan FREE MAIL/YAHOO MAIL : SIGN UP ( letaknya di bagian kanan atas )

3. Isilah data-data yang diperlukan seperti di bawah ini:

1. Tell us about yourself : isi dengan data-data peribadi anda.

2. Select ID and Password:

-Isi dengan nama email yang diinginkan
-Pilih password yang ingin digunakan,usahakan kombinasi antara huruf dan angka

3. Di form yang paling bawah ( just couple more details) :

- tulislah kod huruf yang ada di gambar di dalam kotak yang sudah disediakan

- beri tanda checklist di dalam kotak "Do you agree?"

4. Yang terakhir,klik tulisan CREATE MY ACCOUNT

5. Selesai...

Jika nak masuk ke account email anda cara nya:

1. Masuk ke www.yahoo.com
2. Pilih SIGN IN ( di bagian kanan atas)
3. Masukkan alamat email dan password yang anda buat tadi di form yang sudah tersedia
4. Selesai
Cara buat email di Google:


1. Masuk ke www.Google.com. Klik tulisan GMAIL ( di bagian kiri atas )
2. Klik tulisan create an account
4. Kamu akan ditunjukkan form yang hampir sama dengan Yahoo tadi.Isi data-data yang
diperlukan disitu.
5. Yang terakhir,klik tulisan I accept.Create my accounts.
6. Selesai...

Cara masuk ke account email Google kita:

1. masuk ke www.google.com
2. pilih Gmail
3. Isi nama email dan password yang sudah dibuat tadi
4. Klik tulisan MASUK
5.Selesai...

mudah bukan..

Mudah-mudahan tutorial ini dapat membantu membuat email anda..
Terima kasih
Selamat mencuba…pastu email la kat aku..

Tuesday, June 16, 2009

Keputusan KDP 14 minggu

Hari nie adalah keputusan KDP 14 minggu sesi JUN 2009...Dia orang kata nie last intake...tp dh brapa kali ckp last...Sek aku ada la calon yang memohon dan resultnya...jeng...jeng..



Pendaftaran ke maktab pada 29.6.2009 hingga 2 oktober...
Pening gak...kesian budak2 nak UPSR..tp nielah peluang aku...zaman sekarang semua pentingkan pelajaran..tp aku akan bahagikan masa dan tak akan mensiakan tugas aku sebaiknya...go cikgu adam...by the way mokhnizam 2 aku la cikgu adam..he...nanti dh sibuk tak tau la sempat berblog lagi tak...
kawan2 komen dan berila kata2 semangat ek..

Sunday, June 14, 2009

Cuti Sekolah

Minggu ke2 papa uwais balik kg sebelah mama ...Bestnye ada atok,nenek,makde,maksu yang melayan uwais tak henti2.Maklumlah cucu sulung dan dah lama tak balik...Selain naik lori atok dan merempit dengan maksu dan makde(bi), papa dan mama bwk uwais pergi mandi kat wet world pedas...nie ada la skit gambar...











Nie uwais dengan papa....Pelampung bkn sewa...mama beli tau..









Uwais dengan makde



Nielah mama uwais...Ustazah Hasniza


Tuesday, June 9, 2009

Tentang Keluarga aku


Bosan gak duk tulis pasal sek jer..nie kan blog aku...aku nie cikgu dan wife aku pun cikgu...ngajar dekat peneng...dah ada seorang anak..Uwais Qarny Mokhnizam...Peh nama arabik...bukan nak tunjuk teror arab tp sebab sejarahnya...(lg pun mama dia ustazah)...
nie gambar aku dengan uwais qarny

Thursday, May 28, 2009

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Sambutan diadakaan pada hari Khamis 28/5/09....Gambar2 sekitar majlis sambutan tersebut


Guru-guru yang power menerajui SK SAINT GEORGE

Barisan Belakang....cikgu Saiful, Ustz Hazim, Erizal, Ustazah Faizah, Noorrisya, Sir Nazri, dan akulah tu Mokhnizam

Barisan Hadapan......Cikgu Laila, Ponmany, Ustazah Fauzilah, GB Che Salmah, Ustazah Norhanim, Puan Khodijah dan Hafizoh.......


Bacaan Doa diketuai oleh Ustaz Hazim.

Nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia...dibantu oleh koir Tahun 6 yang dibimbing oleh cikgu Saiful..Ustaz Hazim dengan suaranya yang lantang menenggelamkan suara-guru-guru yang lain.


Jamuan makan guru yang dianjurkan oleh murid Tahun 6..Terima Kasih

Acara pada hari sambutan tersebut terpaksa dibatalkan kerana hujan dan ribut taufan yang melanda.Waktu nie aktiviti sukan guru telah selamat dijalankan kecuali untuk murid dan persembahan tak sempat diselamatkan..ditunda pada hari esok.

Pose istimewa dari PK1...(dalam hati mati nak buat jadual baru)..


Persembahan dari murid-murid SKSG sempena hari guru.Sungguh berbakat dan tak disangka-sangka..Terdetik ketika itu betapa berbangganya kami insan istimewa bergelar guru...




Monday, May 25, 2009

Keputusan Pertukaran Guru Sesi Jun 2009


Assalamualaikum,hai hari 25 haribulan 5 nie ramai guru2 yang menanti.Menanti gaji bagi aku dengan member2 yg lain,tp apa yg lg penting ialah pertukaran guru.Biasalah utk kali pertama permohonan ka,2,3,4,5 dan mungkin 6.
Kat SKSG nie pun tak terlepas dari debaran tersebut...Seawal jam 5pg ustazah Hanim dah mula menggodak internet(tk termasuk mlmnya yg tk tidor).Keputusannya.......he....Ustazah Hanim sahaja yang berjaya ditukarkan ke Selangor...Tahniah bercampur sedih..hu..hu..
Bagi JPN Selangor khususnya sek yang akan menerima ustazah kami ini sekalung tahniah dan nantikan kemunculan ustazah yang superwomen ini.

nie antara gambar gambar kesedihan sewaktu majlis perpisahan..dengan GB Che Salmah


nie pulak dengan anak2 murid....untuk hanim la nie bkn main lg bdk2 nie happy..wah kah..kah

Sunday, May 24, 2009

Saint George yang baru

Sekarang nie SKSG dah dalam proses merubah wajah...Semua kelengkapan dah dinaik taraf.Tandas lelaki adn perempuan serta bilik guru dah ceria dan selesa..Nantikan lagi perubahan2 yang besar....

Saturday, May 23, 2009

data emis

emis sekarang dah ada online tp tak stabil lg,jadi dalam tempoh percubaan nie kenalah buat 2 keja.....dalam mana jpn dok semak ralat berlambak lg yang salah dan pelbagai utiliti yang diberi.Online nanti tahla...harap2 ada kemajuan dan dapatan data lagi sahih...

Thursday, May 21, 2009

sukan

sukan kat sek saint george nie gambar2 perjumpaan antara guru2 dan rumah sukan masing2...


Ini adalah pasukan rumah kuning atau ALPHA..Cikgu kat depan 2 la ketua rumah..cikgu Erizal..kreatif dia nie..semua sapu bersih..perbarisan dan johan rumah sukan tahun 2009...
( gambar kat belakang 2 PK KO kami cikgu saiful...sekarang dah pakai exora..tahniah..)


gambar2 sekitar upacara perbarisan rumah sukan..



Rumah Betta dengan slogan BETTA D BEST....ditempat ke-3(perbarisan dan keseluruhan..)
Pakaian ala-ala swamp thing..ker alian ker tah la..





Rumah merah atau GAMMA dengan slogan Gamma Merah Membara....tempat ke-2(perbarisan dan keseluruhan) tahun lepas juara nie...hai...rumah aku la pulok



Rumah merah dengan maskot tikus..bkn senang nie..Terima kasih atas kreativiti jahitan cikgu Laila..



Ucapan Perasmian dari Guru Besar SK SAINT GEORGE Che Salmah..

Info Terkini

Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser.
1. Jika anda makan satay....jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan
satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan
kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan
yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen
2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C !!. Yang mana
anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.
3. Cuba yang ni.....bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh" (babi).
Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba
tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu
sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut
keluar dari sana.Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore".
4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.Balik rumah dan pergi
periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam
shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS.
bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini
bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; Vo
5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body
shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence
adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara
tunggal.
Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari
mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh
melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan
busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate &
Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk
penghasilan busa.
5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi,
koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari
selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang
seterusnya.Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor.Keluarga
saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu
berkenaan salutan wax keatas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee
segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan
terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai
TCS).
Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk
untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya
beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee
segera.Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk
membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah
Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke
rumahnya sendiri,
Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap
barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera
bolehlah diistilahkan sebagai "makan untuk mendapat barah" Kalau istilah
James Bond ==>Licence to kill!
6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan
kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman.
Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah
Straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan
apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti
bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli
terdedah
kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam
masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang
anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO