Tuesday, June 23, 2009

jom buat email

Cara membuat email di Yahoo dan Google
Masih ada lagi cikgu-cikgu yang masih tak tahu bagaimana cara membuat email,maklumlah kebanyakkan semua yang dah bergelar orang lama. Nak buka internet pun jarang sekali. Nak buat apa la nak email..persoalan yang dibalas bila ditanya email mereka..Zaman sekarang bukan sahaja email amat berfungsi untuk menghantar maklumat kepada guru malah untuk mendapat berita yang terkini dan cepat.Bagi mereka yang belum ada email dan tertanya-tanya macam mana nak buat..cuba baca tutorial nie..

Cara buat email di Yahoo:

1. Masuk ke www.yahoo.com

2. Klik tulisan FREE MAIL/YAHOO MAIL : SIGN UP ( letaknya di bagian kanan atas )

3. Isilah data-data yang diperlukan seperti di bawah ini:

1. Tell us about yourself : isi dengan data-data peribadi anda.

2. Select ID and Password:

-Isi dengan nama email yang diinginkan
-Pilih password yang ingin digunakan,usahakan kombinasi antara huruf dan angka

3. Di form yang paling bawah ( just couple more details) :

- tulislah kod huruf yang ada di gambar di dalam kotak yang sudah disediakan

- beri tanda checklist di dalam kotak "Do you agree?"

4. Yang terakhir,klik tulisan CREATE MY ACCOUNT

5. Selesai...

Jika nak masuk ke account email anda cara nya:

1. Masuk ke www.yahoo.com
2. Pilih SIGN IN ( di bagian kanan atas)
3. Masukkan alamat email dan password yang anda buat tadi di form yang sudah tersedia
4. Selesai
Cara buat email di Google:


1. Masuk ke www.Google.com. Klik tulisan GMAIL ( di bagian kiri atas )
2. Klik tulisan create an account
4. Kamu akan ditunjukkan form yang hampir sama dengan Yahoo tadi.Isi data-data yang
diperlukan disitu.
5. Yang terakhir,klik tulisan I accept.Create my accounts.
6. Selesai...

Cara masuk ke account email Google kita:

1. masuk ke www.google.com
2. pilih Gmail
3. Isi nama email dan password yang sudah dibuat tadi
4. Klik tulisan MASUK
5.Selesai...

mudah bukan..

Mudah-mudahan tutorial ini dapat membantu membuat email anda..
Terima kasih
Selamat mencuba…pastu email la kat aku..

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Info Terkini

Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser.
1. Jika anda makan satay....jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan
satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan
kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan
yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen
2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C !!. Yang mana
anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.
3. Cuba yang ni.....bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh" (babi).
Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba
tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu
sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut
keluar dari sana.Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore".
4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.Balik rumah dan pergi
periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam
shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS.
bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini
bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; Vo
5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body
shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence
adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara
tunggal.
Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari
mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh
melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan
busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate &
Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk
penghasilan busa.
5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi,
koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari
selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang
seterusnya.Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor.Keluarga
saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu
berkenaan salutan wax keatas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee
segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan
terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai
TCS).
Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk
untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya
beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee
segera.Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk
membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah
Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke
rumahnya sendiri,
Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap
barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera
bolehlah diistilahkan sebagai "makan untuk mendapat barah" Kalau istilah
James Bond ==>Licence to kill!
6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan
kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman.
Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah
Straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan
apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti
bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli
terdedah
kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam
masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang
anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO