nak buat blog sendiri??
Buat Blog Percuma Dengan Blogspot
Anda telah mengetahui tentang apa itu emailkan..takda pun orang email.... Kali ini, kita belajar cara-cara membuat blog menggunakan Blogger (juga dikenali sebagai Blogspot).Artikal nie kalau nak ikut tak la lengkap kerana aku malas nak upload gambar..kira tulis jer la..lg pun bukan susah pun..
Untuk menggunakan Blogspot, anda haruslah mempunyai satu akaun Google terlebih dahulu ala email g mail yang baru buat tu la..). Kalau dah ada akaun Google, boleh terus sign in pada laman web https://www.blogger.com/start
Jika tidak, anda perlu terlebih dahulu, mendaftar di Blogspot. Pergi ke laman web Blogspot dan klik pada butang “Create Your Blog Now“. Kemudian, ikuti 3 langkah mudah berikut:
1. Buat satu akaun Google. Isikan borang yang diberi dengan maklumat-maklumat yang berkenaan. Setelah siap, tekan butang “Continue”.
2. Namakan blog anda. Berikan nama bagi blog anda. Jangan risau kerana nama ini boleh diubah di kemudian hari jika anda mahu. Apa yang penting adalah tentukan alamat URL bagi blog tersebut. Alamat inilah yang akan ditaip pada Internet Explorer untuk pergi ke blog anda. Alamat URL ini akan kekal, dan tak boleh diubah lagi selepas ini.
3. Pilih template. Pilih mana-mana template, iaitu rupa bagi blog anda. Template ini juga boleh diubah pada bila-bila masa.
Setelah ketiga-tiga langkah tersebut berjaya, mesej akan dipaparkan, menandakan blog anda telah berjaya dibina:
tips..bagi yang kurang faham dalam english ubah jer.pilih language Bahasa Melayu..lagi mudah..tgk video yang disediakan lg sempoi..tak payah baca post aku..he...cuba.nanti link la blog tu.
ok..
siap...
hehehehe...
Salam,
Pembetulan sikit. Untuk nama URL tu sebenarnya masih boleh ditukar bila2 masa. Pergi ke setting je dan buat lah pertukaran seperti biasa.
yea ker bro..nie dh kira silap..sorry ek kengkawan
:L
yea ker...tq la beri info.. :P
Yup, sama2. Alah kalau tau kita perbetul. Kalau salah kita kita tegur. Itulah gunanya kawan
Post a Comment