Friday, July 31, 2009

karangan budak

Korang semua mesti tak caya @ salah sorang dikalangan budak nie yg imaginasinya terlampau..karangan terbaik nie..

Karangan Terbaik UPSR 2007
Karangan budak darjah 4
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia...lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
amacam?
kalau anda la cikgu BM dia apa markah nak bagi nie..???

coment skit...

2 Comentários:

SK BALIK PULAU said...

macam tak betul jer karangan ni
tak caya lah budak yang tulis
ni mesti ada sapa2 yang nak perhatian menulis ni

hayanimarlia said...

woi hebat betoi..ternyata imajinasinye lebih mengarut dari ape yg macik bleh karutkan...tahniah kerana boleh elaborate berkesan dan terimalah penerajang tumit kiriku ini cikgu sains titi teras kerana conclusion bg hypothesis in penuh ralat!!

Post a Comment

Info Terkini

Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser.
1. Jika anda makan satay....jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan
satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan
kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan
yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen
2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C !!. Yang mana
anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.
3. Cuba yang ni.....bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh" (babi).
Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba
tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu
sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut
keluar dari sana.Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore".
4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.Balik rumah dan pergi
periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam
shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS.
bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini
bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; Vo
5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body
shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence
adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara
tunggal.
Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari
mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh
melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan
busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate &
Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk
penghasilan busa.
5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi,
koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari
selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang
seterusnya.Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor.Keluarga
saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu
berkenaan salutan wax keatas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee
segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan
terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai
TCS).
Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk
untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya
beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee
segera.Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk
membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah
Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke
rumahnya sendiri,
Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap
barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera
bolehlah diistilahkan sebagai "makan untuk mendapat barah" Kalau istilah
James Bond ==>Licence to kill!
6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan
kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman.
Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah
Straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan
apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti
bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli
terdedah
kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam
masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang
anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO